TGViewer
Channel ✦ Verified Channel
Panduan Telegram

Panduan Telegram

@telegramtipsms

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Subscribers
31.6K
Photos
2
Videos
421
Links
347

Showing posts older than #471 · Back to latest

Older Posts 20 shown
Post #470 21.4K
Album Stori. Sorotan kegemaran anda boleh disusun ke dalam album stori pada profil anda.

Saluran juga boleh guna album untuk memapar produk atau gabung konten ke dalam senarai main.

Untuk tambah stori ke album, pergi ke tab ‘Pos’ di profil atau saluran anda dan tekan ‘Tambah Album’.
Post #469 16.2K
⭐️ Carian Pos Publik. Carian ada tab ‘Pos’, di mana anda boleh lihat keputusan relevan dari saluran publik.

Ini membuatkan ianya lebih mudah untuk jumpai informasi tertentu atau ikuti berita tergempar dari beberapa sumber.
Post #468 51.7K
Pembiayaan Pos Dicadang. Bila mencadang mana-mana pos, anda boleh menawar Telegram Star atau Tonkoin sebagai pertukaran bagi mengeposnya.

Kedua-dua anda dan pemilik saluran boleh cadang suntingan sebelum pos diterima. Apabila diluluskan, ianya boleh dipos dengan segera atau dijadualkan secara automatik untuk tempoh tertentu.

Pemilik saluran terima habuan mereka 24 jam selepas dipos. Jika pos dikeluarkan lebih awal, Telegram akan secara automatik membayar balik amaun sepenuhnya kepada anda.

Tonkoin boleh secara pantas ditambah ke akaun Telegram anda melalui Fragment.
Post #467 44.6K
Pos Dicadang dalam Saluran. Sesiapa boleh hantar konten ke saluran kegemaran mereka sebagai pos dicadang – melalui interfes yang telus dan automatik.

Pos dicadang membolehkan saluran tanpa mengira saiz untuk memperolehi konten dari orang ramai dan berkalaborasi dengan jenama.

Untuk mencadang pos, tekan pada ikon 💬 dalam bar mesej bila mengirim mesej secara terus ke saluran.
Post #466 34.8K
⭐️ Senaraisemak. Pengguna Premium boleh cipta senaraisemak untuk menyelaras pasukan dan mengawal tugas.

Senaraisemak mempunyai permisi terperinci untuk mengawal sama ada pengguna lain boleh menanda tugasan sebagai siap atau menambah item.

Anda boleh cipta senaraisemak dari menu lampiran 📎 dalam grup, bual 1-dengan-1 dan pada Mesej Tersimpan anda.
Post #465 43.4K
Kirim Foto Berkualiti Tinggi. Imej penting boleh dikirim dalam resolusi lebih tinggi – dengan 4 kali pixel foto standard.

Untuk kirim foto dalam HD, tekan butang 🎥 dalam editor foto atau pilih 'Kirim dengan Kualiti Tinggi' dari menu lampiran 📎.

Foto juga boleh dikirim sebagai fail – dalam resolusi dan saiz fail asal.
Post #464 47.6K
Potong Mesej Suara. Selepas merakam mesej suara, anda boleh alih titik mula dan akhir untuk potong seksyen tertentu.

Opsyen ini terpapar selepas meleret ke atas untuk kunci rakaman – yang juga membolehkan anda untuk pratonton mesej atau tambah lagi audio.
Post #463 35.7K
Tab Topik. Grup dengan topik menyokong susun atur tab diperkemas yang membolehkan pengguna lompat di antara perbualan dalam satu tekan.

Menekan bar tab akan tukar susun aturnya – dari bar besar di tepi kepada bar kecil di bahagian atas.

Untuk daya topik dalam grup atau buka susun atur tab, pergi ke Tetapan Grup > Topik.
Post #462 22.9K
Kirim Mesej Terus ke Saluran. Anda boleh kirim mesej terus ke saluran untuk berbual secara privat dengan pemilik dan pentadbir.

Pemilik saluran terima mesej dalam interfes yang diperkemas terasing dari bual peribadi mereka – dan boleh set yuran per mesej.

Untuk mesej ke saluran, tekan gelembung mesej 💬 di bar bawah saluran anda. Untuk on mesej terus untuk saluran anda, pergi ke Tetapan Saluran > Mesej Terus.
Post #461 33.5K
Pecahkan Video kepada Beberapa Stori. Bila mengepos video panjang untuk stori anda, editor stori secara automatik pecahkan video kepada stori bersiri.
Post #460 26.7K
Pos Berbilang Stori Sekali Gus. Editor stori membolehkan anda pilih, sunting dan pos berbilang foto atau video dalam masa yang sama.

Di Android, hanya tekan untuk pilih berbilang item dari galeri anda – dan di iOS, tekan ‘Pilih’.
Post #459 27.4K
Jual Hadiah Anda untuk Star. Hadiah terkumpul anda boleh dijual semula kepada pengguna lain untuk Telegram Star.

Untuk tambah hadiah anda ke pasaran, buka pada profil anda, tekan butang ‘Jual’ dan set harga anda dalam Star.

Hadiah anda senaraikan dalam pasaran juga ditanda sebagai ‘Untuk Jualan’ di profil anda – sekiranya rakan atau pengikut anda berminat.
Post #458 24.8K
Pasaran Hadiah. Anda boleh guna Telegram Star untuk beli beribu hadiah jarang dijumpai dari pengguna lain dalam interfes yang selamat dan mudah.

Pasaran ini mempunyai tapisan carian lanjutan untuk temui dengan pantas model tertentu, latar belakang atau simbol. Keputusan carian juga boleh disusun mengikuti harga, tarikh atau nombor.

Untuk layari pasaran, sila ke Tetapan > Kirim Hadiah dan buka tab ‘Jual Semula’.
Post #457 25.2K
Isyarat Memaju Pantas dalam Saluran. Pos saluran boleh dimajukan dengan serta merta ke Mesej Disimpan atau kenalan terbaru anda.

Tekan lama pada anak panah kongsi ➡️, leret jari anda pada bual di mana anda ingin majukan mesej dan lepaskan.
Post #456 15.8K
Tetapan Hadiah Terperinci. Di Tetapan > Privasi dan Sekuriti, anda boleh:
Tambah ikon hadiah ke bar mesej untuk anda dan teman bual anda.
Kawal siapa punya hadiah yang akan dipamirkan di profil anda.
Pilih jenis hadiah mana pengguna lain boleh kirim kepada anda – seperti ‘Edisi Terhad’ atau ‘Unik’.
Post #455 17.1K
Panggilan Grup: Jemput melalui Link. Panggilan Telegram menyokong link jemputan – yang membenarkan anda untuk menjadualkan panggilan lebih awal, menjemput pengguna dari beberapa bual dan membenarkan pengguna lain menyertai mengikut keselesaan mereka sendiri.

Untuk cipta panggilan lebih awal, sila ke tab ‘Panggilan’ atau Tetapan > Panggilan Terbaru dan tekan Mula Panggilan Baru > Cipta Link Panggilan.

Untuk kongsi link ke panggilan aktif, tekan ‘Jemput Melalui Link’ di bahagian bawah senarai peserta

Link panggilan juga boleh ditukar ke kod QR yang boleh diimbas.
Post #451 24.5K
Panggilan Grup: Emoji Berinskripsi. Panggilan Telegram adalah dilindungi dengan inskripsi awal-ke akhir untuk memastikan perbualan anda adalah 100% privat.

Untuk pastikannya, hanya bandingkan emoji di skrin anda – jika mereka serupa untuk semua peserta, panggilan adalah 100% selamat.

Emoji yang dipaparkan dalam panggilan akan dikemaskini bila pengguna baru menyertai atau meninggal panggilan.
Post #450 43.7K
Panggilan Grup Selamat. Panggilan selamat Telegram boleh dengan mudah dikembangkan untuk kegunaan sehingga 200 pengguna – dilindungi sepenuhnya dengan penyulitan awal-ke-akhir.

Panggilan Telegram boleh diguna untuk segala jenis dari perbualan secara spontan hingga ke temuduga pekerjaan:
Tambah pengguna lain ke panggilan aktif dengan menekan penjuru di bahagian atas.
Mula panggilan dengan beberapa pengguna melalui tab ‘Panggilan' atau Tetapan > Panggilan Terbaru – tekan ‘Panggilan Baru’ dan pilih berbilang orang.
Kirim link ke panggilan untuk cipta mesyuarat berjadual atau jemput berbilang grup.
Post #449 67.1K
Hadiah Disemat. Sehingga 6 hadiah pada profil anda boleh disemat dalam mana-mana susunan untuk mengetengahkan terkumpul terbaik anda di bahagian atas halaman anda – dan pada sampul profil anda.
Post #448 66.7K
Hadiah Premium Dengan Star. Anda boleh guna Star anda untuk beri hadiah Telegram Premium kepada rakan – membuka kunci eksklusif seperti muatturun lebih pantas, berjuta emoji tersuai dan lagi.

Untuk menghadiah seseorang Telegram Premium, sila ke Tetapan > Kirim Hadiah dan pilih mereka dari senarai, atau buka Profil mereka dan tekan ➕/➕> Kirim Hadiah.
Older posts →
Threads Profile ViewerView any public Threads profile without an account.Open ThreadLook →Writing with AI? Make it sound human.Metric37 rewrites AI drafts so they read naturally. Free AI detector, 1,500 words free.Try Metric37 →