TGViewer
Channel ✦ Verified Channel
Panduan Telegram

Panduan Telegram

@telegramtipsms

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Subscribers
31.6K
Photos
2
Videos
421
Links
347

Showing posts older than #448 · Back to latest

Older Posts 20 shown
Post #447 41.8K
Kepastian Kenalan. Bila seseorang mesej anda buat kali pertama, anda akan nampak halaman info terperinci untuk membantu anda mengesan skam (penipuan) dan mengesahkan siapa mereka.

Halaman info mempamirkan negara nombor fon mereka, mana-mana grup dianggotai bersama dengan anda, tarikh mereka sertai Telegram dan sama ada akaun disahkan atau tidak.
Post #446 33.3K
⭐️ Mesej Star. Pelanggan Premium boleh mengeset yuran untuk mesej masuk dari pengguna bukan kenalan– untuk mengurangkan spam atau memonetari peti masuk mereka.

Di paras asal, kenalan anda dan mereka yang anda hubungi dahulu boleh mesej anda secara percuma. Mesej Star mendokong pengecualian terperinci untuk pengguna lain atau keseluruhan grup.

Mesej Star juga boleh didayakan dalam bual grup dan diskusi saluran.

Untuk dayakan mesej Star untuk bual privat anda, sila ke Tetapan > Privasi dan Sekuriti > Mesej. Untuk grup, dayakan ‘Caj Star untuk Mesej’ dalam seksyen Permisi.
Post #443 39.4K
Bot Serupa. Seperti dengan saluran, profil bot kini mempamir senarai bot serupa – menampilkan servis popular, utiliti dan mainan.
Post #442 34.1K
Bereaksi dengan Star sebagai Saluran. Pengguna boleh beri reaksi dengan Star untuk membantu saluran kegemaran mereka dan pencipta konten.

Reaksi Star juga boleh dikirim bagi pihak saluran anda – memberi anda kebolehan untuk mempromosi saluran anda dalam carta liga.

Untuk beri reaksi sebagai salah satu dari saluran anda, tekan gambar profil anda dan pilih saluran dari senarai.
Post #441 28K
Sampul Video di Saluran Video. Bila mengepos video dalam saluran, anda boleh pilih satu bingkai untuk guna sebagai sampul – atau muatnaik gambar kecil tersuai dari galeri anda.

Untuk pilih sampul video, tekan ikon 3 titik ➕/➕ dalam editor video dan pilih 'Sunting Sampul'.
Post #440 21.9K
Progres Disimpan untuk Video. Video yang anda tonton kini secara automatik menyimpan progres anda – jadi anda boleh kembali dengan tepat ke klip yang anda tonton buat terakhir sebelumnya.
Post #439 22.2K
Link Bertanda Masa. Anda boleh sertakan tanda masa terbaru bila berkongsi link ke video di Telegram.

Bila seseorang tekan pada link, ia akan membuka video tepat pada saatnya.

Dalam Telegram anda boleh balas pada link video atau YouTube dengan kod masa seperti 1:46 – yang akan mencipta tanda masa yang pengguna lain boleh tekan untuk lompat ke saat spesifik.
Post #438 30.5K
Kongsi Hadiah. Hadiah terkumpul pada profil anda boleh dipos ke stori anda dengan pratonton beranimasi penuh gaya yang menunjukkan karya seni anda yang jurung kali ditemui dan nombor bertuah anda.

Untuk pos hadiah ke stori anda, pergi ke Tetapan > Profil Saya > Hadiah, tekan salah satu dari hadiah anda dan pilih Kongsi > Pos Semula ke Stori.
Post #437 25.7K
Beri Hadiah ke Saluran. Untuk merayakan cuti dan pencapaian, pelanggan boleh kirim hadiah ke saluran, di mana hadiah akan dipamirkan di profil saluran.

Pemilik saluran boleh memindah hadiah mereka kepada pengguna lain dan saluran atau lelong di blokchain.
Post #436 19.4K
Pindah Hadiah ke Blokchain. Seperti nama samaran terkumpul dan nombor, hadiah boleh dipindah atau dilelong menerusi blokchain TON.

Blokchain memberi pemilik kawalan tetap – walaupun jika mereka hilang akses atau mereka telah hapus akaun Telegram.

Untuk pindah ke blokchain, pergi ke Tetapan > Profil Saya > Hadiah, tekan pada hadiah dan pilih Pindah > Kirim melalui Blokchain.
Post #435 19.2K
Pakai Hadiah Terkumpul. Hadiah yang anda naik taraf ke terkumpul boleh diguna sebagai status emoji unik.

Mengguna hadiah sebagai status anda memberinya kesan star berkilauan dan menukar penampilan profil anda untuk memadankan latar belakang dan simbol dengan terkumpul anda.

Untuk memakai salah satu dari hadiah anda, pergi ke Profil Saya > Hadiah, tekan pada hadiah dan pilih ‘Pakai’.
Post #434 51.8K
Pengimbas Kod QR. Kamera dalam aplikasi mengenali kod QR secara paras asal, membuka link dalam browser kegemaran anda tanpa menukar aplikasi.

Untuk membuka kamera dalam aplikasi secara pantas, leret ke kanan dari senarai bual pada iOS atau tekan ikon kamera 📷 pada Android.
Post #433 41.3K
⭐️ Emoji Tersuai dalam Folder. Setiap pengguna Telegram boleh cipta folder bual tersuai untuk urus perbualan mereka.

Folder bual mendokong emoji di tajuk mereka – dan pengguna Premium boleh merangkumi mana-mana emoji tersuai untuk jadikan folder mereka lebih ekspresif atau lebih minimalis.
Post #432 48.8K
Pengesahan dari Pihak Ketiga. Telegram membenarkan orang kenamaan dan organisasi untuk disahkan, agar pengguna boleh dengan cepat mengenali sumber rasmi.

Perkhidmatan pihak ketiga kini boleh menganugerah ikon pengesahan ekstra ke akaun pengguna dan bual – yang membantu mengelakkan penipuan dan mengurangkan pengedaran berita palsu.

Bila bual atau akaun menerima pengesahan pihak ketiga, logo kecil akan terpapar sebelum namanya. Jika anda buka profil mereka, anda akan nampak keterangan terperinci mengenai status dan maknanya.
Post #431 25.1K
Penapis Carian Mesej. Keputusan carian dalam tab 'Bual' mempunyai penapis ekstra yang membolehkan anda memperhalusi senarai untuk menunjuk item hanya dari mesej privat, bual grup atau saluran.

Untuk menambah penapis ekstra, tekan tap 'Dari Semua Bual dalam seksyen Mesej keputusan carian anda.
Post #430 21.4K
Reaksi untuk Mesej Servis. Bila seseorang kirim anda hadiah atau sertai grup, mesej servis khusus akan menjelma dalam perbualan.

Mesej ini mendokong reaksi – jadi anda boleh menyatakan terima kasih atau mengucap selamat datang kepada ahli baru dalam dua tekanan.

Mesej servis juga akan terpapar bila seseorang memanggil anda, mendayakan latar belakang bual baru, memulakan pemberian dan lagi.
Post #429 20.5K
Hadiah Terkumpul. Hadiah anda terima boleh dinaik taraf kepada versi terkumpul, membuka penampilan baru dari berdozen variasi tersuai dicipta oleh artis Telegram

Bila membeli hadiah untuk pengguna lain, anda boleh kirimnya sebagai telah dinaik taraf – dan lihat bila mereka membukanya dalam bual.

Hadiah terkumpul boleh dipindahkan kepada pengguna lain atau dijual balik melalui pasaran. Menaik taraf hadiah dikenakan kos kecil dalam bentuk Telegram Star, untuk membiayai yuran blokchain.
Post #428 56.6K
Kolaj dalam Stori. Interfes stori membolehkan anda menggabung sehingga 6 foto dan video dalam susun atur yang boleh disesuaikan

Anda boleh tambah media ke kolaj dari galeri anda atau dengan kamera dalam apl. Untuk susun semula jubin, tekan lama dan tarik mereka ke tempat yang diingini. Untuk keluarkan jubin atau ambil semula foto atau video, anda hanya perlu tekan.

Selepas menambah media anda, anda boleh ubah video dan muzik anda mengikut talian masa untuk tukar berapa panjang atau kelantangan bunyi.
Post #427 36.5K
Carian Stiker Berkuasa AI. Panel stiker menyokong carian sukar dengan pelbagai kata kunci seperti kucing minum kopi – dalam berdozen bahasa.

Ianya tersedia untuk pengguna Telegram Premium dalam panel emoji – dengan segera memberi keputusan dari berjuta stiker dicipta pengguna.

Anda juga boleh dapat cadangan stiker dengan pantas terus dari bar mesej dan guna jalan pendek untuk dengan cepat memasukkan emoji.
Post #426 25.2K
Mencipta Program Afiliasi. Bot dan apl mini boleh hos program afiliasicara telus untuk berkembang dengan cepat secara organik dari rujukan pengguna.

Juruprogram set kadar komisen tersuai dan tempoh untuk program afiliasi mereka – menentukan peratus ahli afiliasi akan terima dari pembelian yang layak, dan untuk berapa lama.

Untuk mula program afiliasi, buka halaman profil apl mini anda, kemudian tekan Sunting > Program Afiliasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai mencipta dan mengurus program afiliasi, sila baca panduan terperinci kami.
Older posts →
Threads Profile ViewerView any public Threads profile without an account.Open ThreadLook →Writing with AI? Make it sound human.Metric37 rewrites AI drafts so they read naturally. Free AI detector, 1,500 words free.Try Metric37 →