TGViewer
Channel ✦ Verified Channel
Panduan Telegram

Panduan Telegram

@telegramtipsms

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Subscribers
31.6K
Photos
2
Videos
421
Links
347
Recent Posts 20 shown
Post #517 9.02K
Mesej Aluan. Pemilik grup dan saluran boleh cipta mesej untuk mengalukan ahli baru dan beri mereka informasi ekstra.

Mesej aluan hanya boleh dilihat oleh setiap ahli baru – dan boleh mengandungi media, pemformatan kaya dan lagi.

Untuk tambah mesej aluan di grup atau saluran anda, buka profilnya dan pilih Sunting > Mesej Aluan.
Post #516 12.7K
Komuniti Telegram. Beberapa grup, saluran dan bot boleh dilink bersama dalam satu komuniti, di mana ahli boleh lihat dan sertai bual lain secara segera.

Pentadbir dalam komuniti ada kawalan privasi terperinci yang membolehkan mereka untuk sorok bual tertentu dan kawal sama ada ahli boleh tambah bual baru atau hanya pentadbir.

Komuniti menjimatkan ruang dalam senarai bual anda — anda boleh togel sama ada ia dipapar secara bual berasingan atau satu bual yang akan dikembangkan bila dibuka.
Post #515 7.35K
⭐️ Editor Teks Kaya. Anda boleh cipta artikel dan pos panjang melebihi 32,000 aksara dalam editor visual yang menyokong berdozen opsyen pemformatan seperti jadual, senarai, media di talian dan lagi.

Editor juga membolehkan anda menjana teks dan pemformatan mengguna alat AI yang peka privasi.
Post #514 17.8K
Pentadbir AI untuk Grup. Grup boleh tambah bot AI sebagai pentadbir untuk proses permohonan sertai dengan ciri unik seperti sokongan kapca.
Post #513 15.2K
Pemformatan Teks Kaya untuk Bot. Bot Telegram dan ajen AI ada akses kepada hampir 100 format teks – seperti tajuk, jadual, matematik atau pemformatan kod dan lagi.

Informasi untuk juruprogram tersedia di sini.
Post #512 8.63K
Aplikasi Jam. Telegram juga tersedia pada jam pintar pada Apple dan Android.

Aplikasi jam membolehkan anda kirim mesej, urus bual anda dan lagi tanpa memerlukan fon berhampiran.
Post #511 27.5K
Gaya AI Tersuai. Editor teks membolehkan sesiapa guna gesaan mereka sendiri untuk bina gaya unik.
 
Setiap gaya tersuai ada link boleh dikongsi agar pengguna lain boleh pra lihat gaya dan tambahnya ke editor mereka.
 
Untuk bina gaya AI anda sendiri, tekan butang ➕ 'Cipta' dalam tab Gaya pada editor.
Post #510 22.8K
Benang dan Teks Penstriman untuk Bot.
Bot Telegram dan ajen AI sokong perbualan berbenang untuk urus beberapa topik dalam masa yang sama.

Bot juga boleh strim teks ketika ia dijana – untuk kirim respon secara langsung.
Post #509 15.1K
Automasi Bual dalam Profil. Setiap pengguna Telegram boleh hubung bot ke profil mereka – dan biarkan – respon ke mesej bagi pihak mereka.

Anda kawal bot setiausaha anda dengan permisi terperinci – seperti hanya membalas bual baru atau bukan kenalan.

Untuk hubung bot ke profil anda, pergi ke Tetapan > Sunting > Automasi Bual.
Post #508 13.1K
Komunikasi Bot ke Bot. Bot dapat respon pada bot lain, selain dari koman pengguna.
 
Peminat AI boleh guna ini untuk cipta aliran kerja tersuai dengan ejen autonomi.
 
Informasi lanjut untuk juruprogram ada tersedia di sini.
Post #507 10.4K
Bot Tamu. Bot Telegram boleh diakses secara terus dalam grup dan bual 1 dengan 1 untuk jawab soalan dan lakukan tugas.
 
Untuk seru bot yang sokong ciri ini, hanya letak @username nya dalam mesej anda.
 
Bot Tamu hanya ada akses ke mesej tertentu di mana mereka ditag dan mana-mana balasan kepadanya. Bot ini tak boleh lihat pengguna mana berada dalam bual
 
Untuk daya Mod Tamu, juruprogram bot boleh guna panduan ini.
Post #499 22K
Foto Langsung dan Bergerak. Pengguna Android dan iOS boleh kirim imej beranimasi dari galeri mereka – yang boleh dilihat dalam setiap aplikasi.

Tekan ikon Langsung/Bergerak ⭕️ dalam editor media dan pilih satu dari 3 gaya main balik:
Main langsung foto sekali
Main gelung secara berterusan
Main lantunan ke depan dan belakang
Post #498 14.4K
Undian. Dalam grup atau saluran, anda boleh cipta undian untuk buat keputusan atau dapatkan maklum balas komuniti.

Undian membolehkan anda:
• Lampir foto, video, stiker dan lokasi ke setiap opsyen
• Set tempoh tertentu
Cipta kuiz dengan jawapan betul

Anda boleh sesuaikan undian anda dengan beberapa tetapan untuk:
• Tunjuk siapa undi untuk setiap opsyen
• Pilih beberapa opsyen bila mengundi
• Benarkan pengguna untuk tambah opsyen baru
• Biarkan pengguna tukar undian mereka
• Ubah susunan opsyen
• Sorok keputusan undian hingga tamat tempoh
Post #497 11.4K
Editor Teks AI. Bar mesej ada editor dalam apl yang boleh dengan serta merta baiki tatabahasa, terjemah teks anda atau tulis semula dengan beberapa gaya:
🤝 Formal
🎯 Short
🍖 Tribal
🗿 Zen
🕯 Biblical
💼 Corp

Editor teks adalah 100% privat dan ada pilihan – dikuasai oleh Rangkaian AI Cocoon.

Untuk buka editor, tekan ikon ✨ yang terpapar selepas menaip teks lebih dari 3 baris.
Post #496 28.3K
Log Masuk Dengan Telegram. Anda boleh daftar dan log masuk ke aplikasi dan laman web mengguna Telegram anda hanya dengan beberapa tekanan.

Cara ini membolehkan anda kongsi nombor anda untuk verifikasi mudah – dan anda boleh benarkan mesej dari servis untuk keselesaan notifikasi.

Juruprogram boleh baca panduan terperinci kami untuk informasi lanjut.
Post #495 23.5K
Pemformatan Tarikh. Opsyen performatan ‘Tarikh’ membolehkan anda set tarikh dan waktu tertentu untuk tambah acara ke kalendar atau set peringatan.

15 Ogos jam 3:00 AM dengan secara automatik disesuaikan untuk setiap penerima tarikh dan masa tempatan.
Post #494 17.4K
Kapsyen untuk GIF. Bila memilih GIF di panel GIF, anda boleh tambah kapsyen secara terus kepadanya, dan kirimnya semua sebagai satu mesej.

GIF juga boleh disunting sebelum dikirim – untuk tambah teks, lukisan dan emoji atau untuk nipiskan GIF dan tukar panjangnya.

Untuk tambah kapsyen atau sunting GIF, tekan lama di panel dan pilih ‘Sunting’.
Post #493 17.4K
⭐️ Nyahdaya Berkongsi di Bual Privat. Pelanggan Telegram Premium kini boleh nyahdaya berkongsi dalam bual 1 lawan 1.

Ini menghadkan memaju atau menyalin mesej dan mencegah ambil gambar skrin atau menyimpan media dari bual.

Untuk nyahdaya berkongsi dalam bual, buka profil pengguna, tekan ➕ atau ➕ dan pilih ‘Nyahdaya Berkongsi’.
Post #492 17.2K
Tag Ahli. Ahli dalam bual grup kini boleh tambah tag di sebelah nama mereka – untuk mengetengah peranan dan tunjuk minat mereka.

Pentadbir pilih sama ada ahli grup boleh set tag mereka sendiri atau hanya pentadbir diberi kuasa. Tag untuk pentadbir grup mempunyai warna berlainan dari ahli.

Untuk memboleh ahli set tag mereka dalam grup anda, sila ke Tetapan Grup > Permisi dan ON ‘Sunting Tag Sendiri’.
Post #491 23.2K
Pengkrafan Hadiah. Koleksi hadiah boleh digabung untuk kraf versi eksklusif dengan kesan unik.

Satu kraf boleh guna hingga 4 hadiah, dengan setiap satu menaikkan peluang untuk berjaya.

Mengguna berbilang hadiah dengan sifat yang sama boleh menambah lebih peluang bagi sifat tersebut muncul dalam item akhir.
Older posts →

About this channel

How can I read @telegramtipsms without a Telegram account?
TGViewer shows the public web preview Telegram publishes for Panduan Telegram: recent posts, photos, videos and the subscriber count, with no app, login or account.
How many subscribers does Panduan Telegram have?
Panduan Telegram (@telegramtipsms) has 31.6K subscribers on Telegram, refreshed roughly every 30 minutes.
Does Panduan Telegram know I viewed it here?
No. Public channel previews carry no viewer identity, and TGViewer has no accounts or tracking of what you look up.
Threads Profile ViewerView any public Threads profile without an account.Open ThreadLook →Writing with AI? Make it sound human.Metric37 rewrites AI drafts so they read naturally. Free AI detector, 1,500 words free.Try Metric37 →