TGViewer
Channel ✦ Verified Channel
Panduan Telegram

Panduan Telegram

@telegramtipsms

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Subscribers
31.5K
Photos
2
Videos
421
Links
347

Showing posts older than #364 · Back to latest

Older Posts 20 shown
Post #363 42.6K
💼 Mesej Di Luar. Pengguna Telegram Bisnes boleh set mesej berada di luar untuk balas automatik bila bisnes mereka tutup atau sedang bercuti.

Kedua-dua ucapan dan mesej di luar menyokong pengformatan teks, fail dan semua jenis media – dan boleh mengandungi berbilang mesej.
Post #362 34.9K
💼Mesej Ucapan. Bisnes boleh tulis ucapan yang akan dikirim serta merta kepada pengguna yang menghubungi mereka buat kali pertama – atau yang dikirim baru selepas tempoh tidak aktif.

Anda boleh set ucapan anda untuk hanya digunakan untuk bual tertentu dan kategori bual, atau untuk tidak memasukkan bual tertentu.
Post #361 33.4K
💼 Lokasi dan Waktu Bisnes. Pengguna Telegram boleh tukar profil mereka kepada laman bisnes – menambah lokasi dan waktu bisnes syarikat mereka.

Untuk tambah info bisnes ke profil anda atau cipta ucapan automatik, mesej berada di luar dan balasan pantas – sila ke Tetapan > Telegram Bisnes.
Post #359 52.3K
Emoji Grup. Pentadbir bagi grup yang ditingkat boleh set pek emoji grup – membuka satu set emoji yang semua ahli boleh guna dalam bual.

Emoji tersuai adalah platform terbuka – jadi anda boleh pilih satu set dari artis Telegram, atau cipta pek unik untuk komuniti anda.
Post #358 45.4K
Tetapan Penampilan Grup. Grup yang ditingkat mempunyai opsyen penyesuaian unik – boleh menukar warna dan logo kulit profil grup, set status emoji atau tambah kertas dinding untuk keseluruhan bual di grup.

Pentadbir dengan permisi ‘Tukar Info grup’ boleh akses tetapan ini dari Profil Grup > Sunting > Penampilan.
Post #357 33.2K
Stori dari Grup. Pentadbir grup yang menerima tingkat yang mencukupi akan dapat pos stori sebagai grup.

Untuk setiap tahap grup ditingkatkan, grup boleh pos 1 stori tambahan setiap hari. Balasan ke stori di grup dikirim ke bual – menjanakan perbualan baru.

Pentadbir dengan permisi sesuai boleh tekan ikon stori 📖 pada profil grup atau pilih grup dalam seksyen ‘Pos Stori Sebagai’ di penyunting stori.
Post #356 42.2K
Tingkat untuk Grup. Grup dinaik tahap dengan menerima tingkat dari ahli atau melalui pemberian.

Mereka yang meningkat grup mendapat lencana eksklusif dan membenarkan grup untuk pos stori dan tukar penampilannya.

Di tahap yang lebih tinggi, grup membuka ciri untuk semua ahli untuk diguna dalam bual – seperti emoji tersuai dan transkripsi suara.
Post #355 55.4K
Disimpan dalam Media Dikongsi. Setiap bual mempunyai seksyen media dikongsi di laman profil – sekadar tekan di bahagian atas bual untuk membukanya.

Tab 'Disimpan' mengandungi mana-mana mesej yang anda telah majukan ke Mesej Disimpan anda dari bual tersebut.
Post #354 42.7K
⭐️ Teg untuk Mesej Disimpan. Pengguna Premium boleh susun atur Mesej Disimpan dengan menambah beberapa teg untuk diguna sebagai penapis carian.

Teg adalah dikaitkan dengan emoji, di mana anda gunanya dengan memberi reaksi terhadap mesej.

Untuk keterangan lebih, anda juga boleh beri nama pada teg – sekadar tekan lama pada teg dan pilih 'Nama Set'.
Post #353 52.8K
Lihat Mesej Disimpan ikut Bual. Mod Lihat sebagai Bual dalam Mesej Disimpan membolehkan anda lihat senarai bual dari mana anda telah majukan mesej.

Setiap bual mengandungi semua mesej anda simpan dari pengguna lain, grup, dan saluran.

Bila melihat sebagai bual, anda boleh semat bual dalam mana-mana urutan – dan aplikasi akan ingat paparan yang digemari anda.

Untuk tukar susun atur, tekan➕atau ➕ untuk Lihat sebagai Bual atau Lihat sebagai Mesej.
Post #352 28.6K
⭐️ Permisi Mesej Peribadi. Pengguna Premium boleh pilih siapa yang boleh kirim mereka mesej – samada Semua Orang atau Kenalan Saya dan Pengguna Premium.

Bila didayakan, pengguna yang bukan kenalan atau tidak mempunyai Premium tidak boleh mula bual dengan anda – tetapi boleh balas jika anda mesej mereka terlebih dahulu.
Post #351 35.8K
⭐️ Terakhir Dilihat dan Waktu Dibaca Satu Hala. Pengguna yang sorok waktu dibaca mereka tidak akan dapat lihat waktu dibaca dari pengguna lain.

Kecuali dengan Telegram Premium – yang membenarkan anda sorok waktu dibaca anda dan masih boleh lihat waktu dibaca pengguna yang kongsi mereka punya dengan anda.

Jika pengguna sorok waktu baca mereka, ianya akan sentiasa tersorok dari semua pengguna, termasuk pengguna Premium.
Post #350 31.2K
Waktu Dibaca dalam Bual Peribadi. Dalam bual 1-dengan-1, anda boleh lihat waktu tepat bila mesej anda dibuka.

Waktu Dibaca mempunyai tetapan privasi terperinci, berdasarkan pada tetapan untuk status Terakhir Dilihat anda.

Untuk menjaga privasi, semua waktu dibaca hanya boleh dilihat untuk 7 hari sebelum dihapus.
Post #349 36.1K
Melihat Mesej Sekali Main. Mesej suara dan video sekali main tidak boleh dihenti sekejap dan tidak boleh dibuka lebih dari sekali.

Mesej akan main sehingga tamat, atau sehingga anda tekan 'Tutup dan Hapus' – menghilang dengan animasi cantik.
Post #348 25.7K
Henti Sekejap dan Sambung Rakaman. Ketika merakam mesej suara atau video anda boleh henti sekejap dan kemudian sambung rakaman – tanpa kena mula dari awal.

Untuk henti sekejap rakaman, leret ke atas dan tekan batang henti sekejap. Untuk sambung rakaman, tekan ikon mikrofon 🎤atau kamera 📷.
Post #347 39.9K
Mesej Suara dan Video Sekali Main. Tetapan untuk sekali lihat boleh juga diguna untuk mesej suara dan video – selepas dimainkan, mesej akan terhapus secara automatik.

Untuk set mesej ke sekali lihat, leret ke atas untuk kunci rakaman dan kemudian tekan ikon main sekali ⏲️.
Post #346 48.1K
Panggilan. Memanggil pengguna lain membolehkan anda bercakap, buka kamera anda atau kongsi skrin – semuanya dilindungi inkripsi awal-ke-akhir.

Panggilan tersedia pada setiap platform – untuk memanggil pengguna, hanya perlu buka profil mereka dan tekan butang 📞.

Potong Foto dalam Stori. Foto dari galeri anda boleh diletak di atas stori untuk mencipta adegan tersuai atau meme.

Untuk suntingan tanpa batas, anda boleh hapus latar belakang dari foto dengan menekan ‘Potong’.

Ciri ini memerlukan iOS 17+ atau Android 7+ dengan Servis Google Play dipasang.
Post #345 59.7K
Potong Foto dalam Stori. Foto dari galeri anda boleh diletak di atas stori untuk mencipta adegan tersuai atau meme.

Untuk suntingan tanpa batas, anda boleh hapus latar belakang dari foto dengan menekan ‘Potong’.

Ciri ini memerlukan iOS 17+ atau Android 7+ dengan Servis Google Play dipasang.
Post #344 45.7K
Hadiah Premium Mega. Seksyen 'Hadiah Premium' di Tetapan membolehkan anda memberi sehingga 10 pengguna Telegram Premium dalam satu tekan.

Jika salah seorang dari pengguna sudah mempunyai Premium, mereka boleh simpan hadiah untuk diaktifkan kemudian atau kirimnya kepada rakan.
Older posts →
Threads Profile ViewerView any public Threads profile without an account.Open ThreadLook →Writing with AI? Make it sound human.Metric37 rewrites AI drafts so they read naturally. Free AI detector, 1,500 words free.Try Metric37 →