TGViewer
Channel ✦ Verified Channel
Panduan Telegram

Panduan Telegram

@telegramtipsms

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Subscribers
31.5K
Photos
2
Videos
421
Links
347

Showing posts older than #344 · Back to latest

Older Posts 20 shown
Post #343 31.2K
Kongsi Pos dalam Stori. Mesej saluran dari sebarang jenis boleh dipos semula sebagai stori – menambah satu salinan pada mesej yang anda boleh alih, tukar saiz dan hias.

Sesiapa yang lihat stori anda boleh tekan untuk buka mesej dalam salurannya. Untuk pos semula, tekan pada ikon kongsi ➡️ dan pilih 'Pos Semula ke Stori’.
Post #342 36.2K
Hadiah Tersuai dalam Pemberian. Pemberian juga boleh merangkumi hadiah tersuai untuk pelanggan mereka can – seperti tiket VIP atau barangan eksklusif.

Untuk lebih telus, hos boleh pilih untuk mengumumkan pemenang dengan mesej automatik dalam saluran.
Post #341 34.2K
Penampilan Saluran. Saluran boleh disesuaikan penampilan mereka bila mereka mendapat tahap yang lebih tinggi – boleh menukar penampilan mesej dan penutup profil mereka atau mengeset status emoji dan kertas dinding unik untuk saluran.

Untuk sesuaikan saluran anda, buka Profil Saluran > Tetapan Saluran > Penampilan. Senarai kesemua faedah saluran ada tersedia di sini.
Post #340 55.7K
Mengformat Kod. Mesej dengan teks dikirim sebagai ```kod``` secara automatik mengenali bahasa kod yang digunakan dan menyerlahkan sinteks – dan anda boleh klik atau tekan untuk terus menyalin kod.

Berurusan dengan blok kod berjalan lancar dengan aplikasi Telegram Desktop, Telegram Web atau Telegram untuk macOS.
Post #339 43.5K
⭐️ Kertas Dinding Untuk Kedua Pihak. Anda boleh memberi mana-mana bual 1-dengan-1 kertas dinding tersuai untuk membantu ianya kelihatan terserlah.

Pengguna Premium boleh mengeset kertas dinding mereka untuk kedua belah pihak – menggunakan penampilan yang sama untuk rakan bual mereka.
Post #338 33.2K
⭐️️ Warna Profil. Selain dari mesej mereka, pengguna Premium boleh pilih kombinasi warna unik untuk laman profil mereka – dan tambah emoji untuk dekorasi ekstra.

Pada Android, tetapan ini tersedia melalui Tetapan > Tetapan Bual > Tukar Warna Nama. Pada iOS, ianya adalah Tetapan > Penampilan> Warna Anda.
Post #337 38.6K
Mesej Video pada Stori. Bila mencipta atau mengepos semula stori, anda boleh tambah mesej video untuk memberi komentar ekstra atau rakam reaksi anda.

Mesej video boleh disaiz semula, digerak ke mana-mana bahagian skrin dan letak di mana jua pun di sepanjang garis masa.

Untuk rakam mesej video, tekan lama pada ikon 📷 kamera dalam editor stori. Kelantangan boleh diubah dengan menekan lama pada trak videonya di bahagian bawah.
Post #336 32.8K
Saluran Serupa. Bila menyertai saluran baru, satu senarai saluran awam serupa akan terpapar – di mana anda boleh layari untuk cari lagi berita, konten dan meme.

Untuk saluran yang anda telah sertai, anda juga boleh lihat senarai pada profil saluran.
Post #334 40.2K
Mencipta Pemberian. Hos kepada saluran boleh pilih dengan tepat siapa yang layak menerima hadiah pemberian – semua pelanggan atau pelanggan baru, hanya mereka dari negara tertentu, atau yang memerlukan peserta menganggotai komuniti lain.

Hadiah hendaklah dibayar terlebih dahulu – ini boleh dilakukan dari mana-mana apl Telegram, tetapi @PremiumBot dan Fragment adalah lebih berkemampuan dan membolehkan pemberian yang lebih besar.

Dengan menghadiahkan langganan untuk Telegram Premium, komuniti boleh mendapat lebih banyak tingkat – secara automatik menerima 4 tingkat untuk setiap langganan yang mereka hadiahkan.
Post #333 33.5K
Pemberian. Gup dan saluran boleh mempromosi komuniti mereka dan menganugerah pelanggan mereka dengan menjadi hos kepada pemberian.

Pemberian boleh diverifikasikan dan memberi hadiah secara telus kepada pelanggan – seperti Telegram Premium dan banyak lagi.

Grup dan saluran tentukan kriteria pemberian dan membayar hadiah terlebih dahulu – kemudian Telegram secara rawak memilih pemenang dan menghantar hadiah kepada mereka.
Post #332 49.6K
Stori: Tetapan Flasy Depan. Bila mengguna kamera di bahagian depan untuk stori, tekan lama ikon ⚡️ untuk tukar kehangatan dan intensiti flasy depan.
Post #331 54.7K
Stori Cepat Kedepan dan Main Semula. Ketika melayari stori, tekan lama untuk henti seketika dan leret ke kiri atau ke kanan untuk main semula dan cepat kedepan video.
Post #330 39.9K
⭐️ Warna Akaun. Dengan Telegram Premium, anda boleh pilih warna tertentu atau kombinasi warna untuk akaun anda.

Warna ini akan diguna untuk nama anda dalam semua grup, link yang anda kirim, dan balasan kepada mesej anda.

Anda juga boleh pilih dari beratus ikon, mencipta corak unik untuk mesej anda bila dipetik atau dibalas.
Post #329 41.6K
Balas, Majukan dan Tetapan Link. Bila anda cantum balas, mesej dimajukan dan link, anda boleh akses dengan pantas tetapan unik mereka dari tab berlainan terletak di bawah skrin.
Post #328 33.2K
Pratonton Link Boleh Diubah. Bila berkongsi link, anda boleh sesuaikan pratontonnya – tukar saiz media, letakkan pratonton di atas atau di bawah mesej anda dan pilih link mana untuk dipratonton jika terdapat beberapa link.
Post #327 32K
Balas Petikan. Anda boleh petik bahagian tertentu mana-mana mesej – dan balas kepada hanya satu ayat atau beberapa perkataan.

Untuk petik seseorang, tanda teks dari mesej mereka atau leret untuk balas, tekan bar balas dan pilih Petik.

Anda juga boleh tambah format petikan pada mana-mana teks dari menu format, untuk meletakkan beberapa petikan dalam satu mesej.

Tekan pada bar balas di atas teks anda untuk balas dalam bual lain – jika anda ingin balas secara peribadi, atau dalam grup atau saluran berlainan.
Post #326 80.7K
Amaran Log Masuk Baru. Apabila sesuatu peranti log masuk ke akaun anda, satu notifikasi akan dikirim ke semua peranti anda, dan log masuk baru akan ditambah ke halaman Peranti anda.

Sebagai tambahan, amaran log masuk akan dipapar di bahagian atas senarai bual anda – jika anda tidak mengecam peranti tersebut, dengan segera tekan ('Tidak, ini bukan saya') untuk selamatkan akaun anda.

Untuk keselamatan yang lebih mantap, pastikan anda dayakan kata laluan pada Verifikasi Dua Langkah bagi akaun anda.
Post #325 43.7K
Media Sekali Lihat. Dalam mana-mana bual 1-dengan-1, foto dan video boleh dikirim sebagai Sekali Lihat – yang akan menghapus media secara kekal selepas ianya dibuka.

Menekan ikon 1️⃣ di media editor membolehkan anda mengirim media sebagai Sekali Lihat atau dengan pemasa – media dikirim dengan pemasa boleh dibuka semula sehingga pemasa tamat tempoh.
Post #324 43.7K
Muzik Anda dalam Stori. Fail audio di peranti anda boleh ditambah ke stori – memberi anda konten trek bunyi tersuai dan naratif.

Dari panel stiker, tekan ‘Audio’ dan pilih satu fail, kemudian ubah trek untuk pilih satu seksyen

Dalam stori video, anda boleh alih trek audio yang anda tambah ke mana-mana tempat dalam stori, dan juga boleh pilih untuk simpan bunyi asal.
Post #323 34.8K
Stiker Reaksi dalam Stori. Kedua-dua pengguna dan saluran dapat menambah stiker reaksi ke stori mereka – membolehkan penonton respon dengan banyak lagi emoji dalam satu tekanan.

Untuk menambah satu, hanya tekan ikon 💭 di panel stiker dan pilih mana-mana emoji – Pelanggan Premium juga boleh guna emoji tersuai mereka.

Stori Saluran memaparkan pembilang reaksi, menunjukkan berapa ramai orang memilih untuk setiap emosi.
Older posts →
Threads Profile ViewerView any public Threads profile without an account.Open ThreadLook →Writing with AI? Make it sound human.Metric37 rewrites AI drafts so they read naturally. Free AI detector, 1,500 words free.Try Metric37 →