TGViewer
Channel ✦ Verified Channel
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Subscribers
347K
Photos
28.1K
Videos
309
Links
2.1K
Recent Posts 16 shown
Post #31419 30.6K
Keluar ketika jerebu? Pakai pelitup muka dengan betul.

Jika perlu berada di luar bangunan, pastikan pelitup muka:

✅ Sesuai, bersih dan kering
✅ Menutupi hidung, mulut dan dagu
✅ Dipakai rapat pada muka

Jangan gunakan pelitup muka yang basah, kotor atau rosak. Tukar kepada pelitup muka yang baharu bagi memastikan perlindungan yang lebih baik.

Lindungi diri dan kurangkan pendedahan kepada udara tercemar.

#MalaysiaSihat
#MyHealthKKM
Post #31418 43K
YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN TAMATKAN DARURAT DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini telah memperkenan penamatan pengisytiharan darurat bagi seluruh Bahagian Serian, Sarawak yang diisytiharkan susulan keadaan jerebu.
Perkenan tersebut dibuat setelah mengambil kira nasihat YAB Perdana Menteri dan pandangan YAB Premier Sarawak serta laporan agensi berkaitan yang menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Bahagian Serian tidak lagi berada di paras bahaya.
Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya dan bacaan IPU di beberapa kawasan, khususnya Serian dan Samarahan, masih berada pada tahap amat tidak sihat.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus memantau keadaan dengan rapi dan penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.
PEJABAT PERDANA MENTERI
7 September 2026
Post #31417 40.8K
😷Jerebu merupakan satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

🌫️⚠️Jerebu yang berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk kepada orang ramai.

Oleh itu, disarankan agar orang ramai dapat mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan kesan buruk jerebu kepada kesihatan

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Post #31416 47.2K
Bagi mengurangkan pendedahan kepada kualiti udara yang tidak sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar orang ramai mempraktikkan 7 langkah pencegahan utama berikut:

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami sebarang gejala seperti batuk berterusan, tekak perit, mata pedih, atau sesak nafas, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran. Kesihatan anda adalah keutamaan.
Post #31415 43.6K
Sempena Hari Kebangsaan yang ke-69, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan serta menghargai keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang dinikmati sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Berteraskan semangat Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati, marilah kita terus memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian dan berganding bahu membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera untuk semua.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69. 🇲🇾

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Post #31413 50K
"Musim panas menyebabkan ular lebih
aktif mencari tempat redup. Sentiasa berjaga-jaga dan ambil langkah keselamatan."

#JabatanPerdanaMenteri
#APM
Post #31408 41K
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM Perkukuh Respons Bagi Menangani Peningkatan Kes Demam Denggi
Post #31406 62.9K
Misi larian hari ini selesai dengan jayanya!

Medal 🥇 dah dapat, finish line pun dah lepas... tapi lepas larian bawah cuaca panas macam ni, jangan lupa pantau keadaan badan masing-masing.

Jika rasa pening, letih melampau atau kulit rasa panas/kering, itu tanda awal strok haba.

Minum air secukupnya dan rehat di tempat teduh ya!

#MalaysiaSihat
Post #31405 66.9K
𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒

Cuaca panas melampau sekarang menuntut kita untuk lebih peka. Sila awasi tanda-tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa, dan suhu badan yang semakin meningkat. Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong, dan sejukkan badan dengan segera.

Paling penting, JANGAN sesekali tinggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit.

Kekal sihat, kekal hidrat.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Post #31404 71.3K
Anda berada di kawasan wabak denggi? Semak sekarang!
Ketahui maklumat denggi harian dan lokasi wabak aktif melalui portal iDengue. Hanya beberapa langkah mudah:
🌐 Layari portal iDengue
📍 Pilih negeri
🔎 Klik “Lokasi Denggi/Kawasan Wabak Aktif”
🏠 Semak kawasan anda
Denggi boleh menyebabkan komplikasi serius dan membawa maut sekiranya tidak dirawat.
Luangkan 10 minit untuk periksa kawasan rumah, hapuskan tempat pembiakan Aedes dan lindungi keluarga tersayang.
AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.
#CegahDenggi #CariDanMusnah #MyHealthKKM #komunitibebasdenggi #MalaysiaSihat
Post #31401 71.6K
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Semasa Demam Denggi Di Malaysia
Post #31400 98.9K
Dapatkan maklumat cuaca terkini melalui aplikasi myCuaca dan saluran rasmi MET Malaysia. Persediaan awal dan tindakan yang bertanggungjawab daripada semua pihak amat penting bagi mengurangkan risiko serta memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

#KesiapsiagaanBencana
#METMalaysia #myCuaca
Older posts →

About this channel

How can I read @cprckkm without a Telegram account?
TGViewer shows the public web preview Telegram publishes for CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia: recent posts, photos, videos and the subscriber count, with no app, login or account.
How many subscribers does CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia have?
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia (@cprckkm) has 347K subscribers on Telegram, refreshed roughly every 30 minutes.
Does CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia know I viewed it here?
No. Public channel previews carry no viewer identity, and TGViewer has no accounts or tracking of what you look up.
Threads Profile ViewerView any public Threads profile without an account.Open ThreadLook →Writing with AI? Make it sound human.Metric37 rewrites AI drafts so they read naturally. Free AI detector, 1,500 words free.Try Metric37 →