TGViewer
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia @cprckkm · 347K subscribers
Post #31418 43K
YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN TAMATKAN DARURAT DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini telah memperkenan penamatan pengisytiharan darurat bagi seluruh Bahagian Serian, Sarawak yang diisytiharkan susulan keadaan jerebu.
Perkenan tersebut dibuat setelah mengambil kira nasihat YAB Perdana Menteri dan pandangan YAB Premier Sarawak serta laporan agensi berkaitan yang menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Bahagian Serian tidak lagi berada di paras bahaya.
Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya dan bacaan IPU di beberapa kawasan, khususnya Serian dan Samarahan, masih berada pada tahap amat tidak sihat.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus memantau keadaan dengan rapi dan penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.
PEJABAT PERDANA MENTERI
7 September 2026
More from @cprckkm
  1. Sep 15, 2026Keluar ketika jerebu? Pakai pelitup muka dengan betul. Jika perlu berada di luar bangunan,…
  2. Sep 6, 2026😷Jerebu merupakan satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel kecil ya…
  3. Sep 3, 2026Bagi mengurangkan pendedahan kepada kualiti udara yang tidak sihat, Kementerian Kesihatan…
  4. Aug 31, 2026Sempena Hari Kebangsaan yang ke-69, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan…
  5. Aug 23, 2026https://www.facebook.com/share/p/1BgWMrmmE2/
  6. Aug 23, 2026"Musim panas menyebabkan ular lebih aktif mencari tempat redup. Sentiasa berjaga-jaga dan…
Threads Profile ViewerView any public Threads profile without an account.Open ThreadLook →Writing with AI? Make it sound human.Metric37 rewrites AI drafts so they read naturally. Free AI detector, 1,500 words free.Try Metric37 →