TGViewer
Channel ✦ Verified Channel
Panduan Telegram

Panduan Telegram

@telegramtipsms

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Subscribers
31.3K
Photos
2
Videos
421
Links
347

Showing posts older than #75 · Back to latest

Older Posts 20 shown
Post #74 14K
Mesej Suara. Tekan butang 2X untuk tukar kelajuan main balik, anda, atau leret mesej ke seberang dan lompat ke tempat tertentu.

Tekan lama untuk rekod mesej anda dan lepaskan untuk mengirimnya. Leret ke atas untuk kunci rakaman dan ke mod lepas tangan, yang juga membolehkan anda pratonton mesej. Tekan ikon mikrofon untuk tukar ke rakaman video.
Post #73 13.3K
Link ke aliran Twitch dapat dimainkan Gambar-dalam-Gambar, jadi anda dapat mengikuti kandungan dan bual dalam talian kegemaran anda pada masa yang sama.
Post #72 12.8K
Anak Panah Kongsi Pantas. Dengan cepat memajukan pos dalam saluran ke beberapa bual – dengan opsyen untuk masukkan komen.
Post #71 13.4K
Hapus Auto Media Kac. Media kac boleh dihapus secara automatik dari storan tempatan anda – dengan tetapan berlainan untuk Bual Peribadi, Grup dan Saluran.

Seperti tetapan lain, anda boleh tambah pengecualian untuk setiap bual – agar media kac mereka dipadam selepas tempoh masa berlainan atau tidak payah dipadamkan langsung.

Semua media sentiasa ada di bual anda, tersedia untuk dimuat turun pada bila-bila masa. Untuk mengurus tetapan storan anda dan kac media, sila ke Tetapan > Data dan Storan > Kegunaan Storan.
Post #70 14.4K
Eksport Sejarah Bual. Guna Telegram Desktop untuk lakukan salinan rujukan luar talian untuk satu bual atau keseluruhan akaun anda, termasuk mesej dan media.

Untuk eksport sejarah bual peribadi, di bual klik ⋮ > Eksport Sejarah Bual.

Untuk eksport beberapa bual sekali gus, sila ke Tetapan > Lanjutan > Eksport Data Telegram.
Post #69 14.4K
Bot Di Talian. Banyak bot menyokong permintaan di talian – jadi semua orang boleh aksesnya secara pantas dalam mana-mana bual.

Kirim imej, artikel, video, dan GIF dengan menaip @bing, @wiki, @youtube or @gif pada bar mesej, bersama dengan kata carian.
Post #68 14K
Pentadbir Tanpa Nama. Dayakan Kekal Tanpa Nama untuk menjadikan pentadbir tidak kelihatan. Pentadbir ini tidak boleh dilihat dalam senarai ahli dan mesej mereka dihantar dengan nama dan foto grup dan bukannya sebagai diri mereka.

Pengguna di bual awam juga boleh pos tanpa nama, dengan mengirim mesej sebagai salah satu dari saluran awam mereka.
Post #67 13.4K
Mainan. Bot boleh berfungsi sebagai platform keseluruhan permainan– menyediakan gelanggang untuk pemain berseorangan atau lebih dari satu membolehkan anda melawan rakan anda dan bertanding untuk markah tertinggi.

Lihat di @GameBot dan @Gamee untuk beberapa contoh.
Post #66 13.3K
Bio Pengguna. Di Tetapan, masukkan keterangan peribadi yang akan terpapar sebagai teks bio bila pengguna buka profil anda dari bual.
Post #65 13.3K
Browser Paras Asal. Pilih samada buka link dengan Telegram browser dalam aplikasi, atau browser paras asal anda di Tetapan > Tetapan Bual.

Di iOS, pergi ke Tetapan > Data dan Storan > Buka Link Dalam – dan pilih mana-mana aplikasi browser anda.
Post #64 13.9K
Tetapan Privasi Terperinci. Pengguna mempunyai kawalan penuh kenampakan keseluruhan – boleh memilih siapa boleh lihat nombor fon mereka, foto profil dan lagi aturan di Tetapan > Privasi dan Sekuriti.

Selain dari kategori luas seperti Kenalan Saya dan Tiada Sesiapa, anda boleh tambah pengecualian untuk pengguna individu dan keseluruhan bual grup – tetapan anda akan tukar secara automatik bila pengguna sertai atau keluar grup.
Post #63 14.2K
Kunci Kod Laluan. Anda boleh tambah kod laluan tempatan untuk aplikasi mobil atau desktop anda, yang diperlukan untuk buka senarai bual dan lihat mesej anda.

Untuk tambah kata laluan, sila ke Tetapan > Privasi dan Sekuriti > Kunci Kod Laluan. Anda boleh set aplikasi untuk kunci secara automatik selepas beberapa ketika, dan boleh secara manual kunci aplikasi dengan menekan ikon 🔓 di senarai bual anda.

Kalau didokong oleh peranti anda, anda juga boleh dayakan cap jari atau pengenalan muka, selain dari kod bernombor. Untuk sekuriti tambahan, anda boleh dayakan Kata Laluan Verifikasi Dua Langkah - yang diperlukan setiap kali anda log masuk ke akaun Telegram anda.
Post #62 12.5K
Pindah Hak Milik. Tukar hak milik grup atau saluran anda kepada seorang pentadbir dengan mendayakan semua hak.

(Tanpa Nama boleh didayakan atau tidak)
Post #61 12.5K
Format Teks. Pilih teks dalam mesej atau kapsyen untuk tambah link haiper dan tukar formatnya – atau guna jalan pintas format seperti tebal condong spoiler dan potong

Di Desktop, anda boleh juga guna ‘satu sengkang‘ dan jalan pintas
kod

.

Pada peranti MIUI, tekan ⋮ di penjuru atas untuk tunjuk opsyen format.
Post #60 11.2K
Mod Perlahan. Pentadbir grup boleh dayakan mod perlahan dalam bual – mengeset pemasa untuk berapa kerap setiap ahli boleh kirim mesej.

Pentadbir tidak terkesan dengan pemasa, dan mod perlahan boleh diubah pada bila bila-bila masa dari laman Permisi grup.
Post #59 10.2K
Tanda Masa YouTube. Menulis kod masa seperti 0:02 di mesej atau membalas akan buka link YouTube dan video Telegram tepat pada saat tersebut.
Post #57 10K
Penyunting Media: Gunakan Pelembut Kulit untuk memberikan cahaya elvis kepada kerdil yang paling kasar 😇
Post #56 10.3K
Stiker Alu-aluan. Dalam bual yang tiada mesej, seperti kenalan yang baru sertai, anda boleh tekan untuk kirim cadangan stiker dan memberi ucapan helo.

Pengguna Telegram Bisnes boleh set halaman mula khusus – dengan mengguna teks dan ucapan aluan sendiri.
Post #54 11.8K
Panel Stiker mempunyai lebih daripada 20,000 stiker percuma dari artis profesional. Anda boleh melihat apa yang sedang bertren, cari untuk sesuatu yang spesifik - atau taip satu emoji untuk dapatkan cadangan segera.

Stiker Beranimasi berjalan pada 60 bingkai sesaat. Ianya menggunakan bateri lebih sedikit daripada GIF dan 6 kali lebih kecil daripada saiz foto biasa.
Older posts →
Threads Profile ViewerView any public Threads profile without an account.Open ThreadLook →Writing with AI? Make it sound human.Metric37 rewrites AI drafts so they read naturally. Free AI detector, 1,500 words free.Try Metric37 →