TGViewer
Channel ✦ Verified Channel
Panduan Telegram

Panduan Telegram

@telegramtipsms

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Subscribers
31.4K
Photos
2
Videos
421
Links
347

Showing posts older than #184 · Back to latest

Older Posts 20 shown
Post #183 122K
Android Muat Turun Terus. Telegram untuk Android boleh didapati terus dari laman web kami. Ianya dikemaskini secara automatik dan anda akan menerima versi baru jauh lebih cepat dari aplikasi di Play Store dan App Store.

Aplikasi Telegram menyokong binaan yang boleh dihasilkan semula – mana-mana pengguna boleh pastikan yang aplikasi mereka dibina dengan kod sumber terbuka yang sama yang diterbitkan di talian.
Post #182 95.7K
Telegram Web. Buka salah satu dari web aplikasi Telegram di web browser anda pada mana-mana peranti – desktop atau mudah alih.
• WebZ
• WebK

Telegram Web menyokong ciri-ciri kegemaran anda seperti stiker beranimasi
, mod gelap dan folder bual, dan ianya sangat efisien – memerlukan hanya 400KB untuk dimuat turun tanpa perlu dipasang.

Seperti aplikasi Desktop kami, Telegram Web adalah mandiri. Sebaik sahaja anda log masuk, anda tak perlu meletak fon anda berhampiran atau dihubungi ke internet.
Post #181 82.6K
Picit untuk Zum Media. Besarkan gambar dan video seta merta dalam bual dengan memicit skrin untuk zum ke dalam – tanpa membuka mereka di pemain media.
Post #180 76.6K
Statistik Grup. Pemilik grup besar dengan lebih daripada 500 ahli dapat melihat grafik terperinci yang indah mengenai aktiviti dan pertumbuhannya.

Statistik juga ada untuk saluran.
Post #179 67.2K
Stiker Bertren. Tekan butang (+) di panel stiker untuk lihat pek yang bersesuaian dengan musim – atau hari tertentu seperti Hari Kemerdekaan.
Post #178 63.2K
Cepat Ke Depan dan Pusing Balik Video. Di pemain media, tekan lama pada sebelah kanan atau kiri skrin untuk cepat ke depan dan pusing ke belakang – atau tekan dua kali untuk lompat 10 saat ke depan atau ke belakang.

Di iOS, tekan lama butang +/-15s.

Untuk lajukan atau perlahankan video, tukar kelajuan main balik.
Post #177 59.3K
Profil Bual Suara. Tekan pada pengguna di senarai peserta bual suara untuk lihat bio penuh mereka dan gambar profil yang dikembangkan.

Anda juga boleh tukar gambar dan sunting bio anda terus dari interfes, tanpa mengecilkan bual.
Post #176 55.8K
Peringatan Bual Suara. Setelah bual suara dijadualkan, anda boleh tekan pada banting pembilang turun untuk terima notifikasi bila bual suara dimulakan – walaupun jika ianya berjalan langsung pada masa yang tak sama.
Post #175 62.5K
Bual Suara Berjadual. Pentadbir Grup dan Saluran boleh jadualkan bual suara untuk tarikh dan masa tertentu.

Ahli akan dapat lihat bilangan menurun di bahagian atas bual, di mana mereka boleh tekan untuk set notifikasi bila bual suara itu bermula.

Untuk jadualkan bual suara, buka laman profil Grup atau Saluran.
Android: tekan ⋮ > Mula Bual Suara > Jadualkan Bual Suara
iOS: tekan Bual Suara > Jadualkan Bual Suara
Post #174 58.2K
Pembayaran. Peniaga boleh memapar barangan dan terima pembayaran kad kredit dalam mana-mana bual.

Telegram tidak mengenakan apa-apa komisen dan tidak menyimpan info pembayaran – lihat bagaimana caranya melalui demo di @TestStore.

Transaksi diproses secara selamat oleh 8 pembekal pembayaran, seperti Stripe. Mana-mana peniaga boleh terus mula mengguna API Pembayaran -- tiada permohonan atau kelulusan diperlukan.
Post #168 62.3K
Jemput Penceramah dan Peserta ke Bual Suara. Pentadbir di bual suara boleh kongsi link jemputan tertentu yang benarkan pengguna sertai dengan serta merta dengan hak istimewa untuk bercakap atau dengan mikrofon mereka disenyapkan.

Peserta boleh angkat tangan mereka pada bila-bila masa untuk minta kebenaran dari pentadbir untuk bercakap.
Post #167 58.9K
Grup Siaran. Grup yang menghampiri angka 200 ribu ahli boleh bertukar ke Grup Saluran yang tiada had ahli.

Setelah menukar grup, hanya pentadbir yang boleh mengirim mesej tetapi semua ahli boleh membaca mesej dan mengambil bahagian pada bual video.
Post #165 56.2K
Grup. Sehingga 200,000 pengguna boleh berbual, kirim teks dan kongsi media dalam grup bual.

Grup terbahagi kepada peribadi dan awam dan menyediakan alatan pentadbir yang perkasa untuk mengurus diskusi dalam apa jua saiz grup – termasuk undian untuk membuat keputusan grup dan juga bual video dengan perkongsian skrin.

Mana-mana grup boleh mendayakan Topik bagi mencipta ruang berasingan untuk berbincang dalam hal pekerjaan, hobi dan lain-lain.
Post #164 52.9K
Rakam Audio Langsung. Pentadbir boleh tekan Mula Merakam untuk simpan audio dari Strim Langsung dan Bual Video – walaupun tiada yang buat keputusan untuk buka kamera mereka.

Fail audio dihantar terus ke bual Mesej Disimpan kepunyaan pentadbir, sedia untuk kongsi dengan peserta. Bila pengguna berkongsi input kamera mereka atau skrin, rakaman video juga boleh diperolehi.

Anda boleh mula rakaman dari mana-mana peranti – hanya dengan tekan ⋮ atau ⋯ untuk buka menu siaran.
Post #163 52.2K
Gerakan Leret Senarai Bual. Di Tetapan, pengguna Android dapat menetapkan tindakan khusus untuk meleret ke kiri di senarai bual - seperti senyap, semat, hapus, arkib atau tanda telah dibaca.

Di paras asal, pengguna iOS boleh meleret ke kanan untuk semat atau tanda telah dibaca, dan meleret ke kiri untuk senyap hapus atau arkib.
Post #161 58.6K
Bual Suara Tanpa Had.
Pentadbir Grup dan Saluran boleh mulai bual suara untuk membawa peserta tanpa had untuk bual secara langsung, podkas dan banyak lagi.

Link jemputan khusus membolehkan pengguna sertai sebagai pendengar atau penceramah, dan pendengar boleh mengangkat tangan jika mereka ingin bercakap.

Teks bio anda boleh dilihat dalam senarai, untuk menambah info anda atau bertanya soalan. Untuk bual suara di saluran, anda boleh sertai dengan akaun peribadi anda atau sebagai salah satu dari saluran anda untuk privasi tambahan.

Bual Suara di grup menyokong video – peserta boleh buka kamera atau kongsi skrin mereka dari mana-mana peranti.
Post #159 57.2K
Kirim Media Sebagai Fail. Foto dan video boleh dikirim dengan saiz dan kualiti penuh – sehingga 2 GB setiap fail.

Di Android dan iOS, tekan 📎 untuk buka menu lampiran, dan kemudian pilih ‘Fail’ di bar bawah. . Anda juga boleh kirim dengan cepat media terbaru dari galeri sebagai fail yang tidak dimampatkan.
Post #158 56.9K
Jemput dengan Kod QR: Tukar link jemputan untuk grup atau saluran anda kepada kod QR yang boleh diimbas untuk kirim dan kongsi di mana-mana.
Older posts →
Threads Profile ViewerView any public Threads profile without an account.Open ThreadLook →Writing with AI? Make it sound human.Metric37 rewrites AI drafts so they read naturally. Free AI detector, 1,500 words free.Try Metric37 →