Telegram Untuk Android Dan iOS Dikemaskini kepada Versi 12.1
Perkara bahu dalam kemaskini Oktober:
• Komen dalam panggilan grup (https://t.me/betainfoen/2005):
Peserta dalam bual video (sehingga 1000 ahli) dan panggilan grup kini boleh menghantar komen dan reaksi terus dalam interfes panggilan. Mesej ini bersifat sementara dan hilang beberapa saat selepas dihantar.
• Tetapan warna profil baharu (https://t.me/betainfoen/2010):
Mulai hari ini, sebagai tambahan kepada skema warna standard, anda boleh menggunakan hadiah koleksi anda untuk menggayakan kulit profil dan balasan anda secara unik. Tersedia untuk pengguna Premium sahaja.
• Nota hubungan (https://t.me/betainfoen/2007):
Apabila menambah atau menyunting kenalan, anda boleh membiarkan nota teks kelihatan hanya kepada anda dalam profil pengguna di bawah bahagian "Perihal".
• Reka bentuk Kaca Cecair pada iOS 26 (https://t.me/betainfoen/2006):
Interfes Telegram telah dikemas kini dengan konsep Kaca Cecair. Versi ini memperkenalkan elemen lutsinar dengan kesan pembiasan cahaya lembut semasa skrol. Reka bentuk akan terus berkembang secara beransur-ansur.
• Topik dan pemaparan respon masa nyata dalam bot AI:
Bot kini menyokong pemisahan topik bual. Mereka juga boleh memaparkan respon dalam masa nyata tanpa menunggu penjanaan penuh.
Tambahan lain:
• Keupayaan untuk mencadangkan (https://t.me/betainfoen/2009) tarikh lahir
• Keupayaan untuk mengalih keluar (https://t.me/betainfoen/2004) tandatangan hadiah
• Pilihan untuk memaparkan hadiah blockchain TON dalam profil anda
• Banyak penambahbaikan UI untuk hadiah
• Apl mini rasmi untuk cadangan dan lapuran kutu diperkenalkan
Artikel: telegram.org/blog/comments-in-video-chats-threads-for-bots/ms
Muat turun kemas kini:
• Android: Google Play (http://play.google.com/store/apps/details?id=org.telegram.messenger), APK daripada tapak web rasmi (http://telegram.org/dl/android/apk) atau saluran yang disahkan (http://t.me/TAndroidAPK)
• iOS: App Store (http://itunes.apple.com/ru/app/telegram-messenger/id686449807?mt=8)
#kemaskini #Android #iOS
Post #66
294