TGViewer
Channel ✦ Verified Channel
Berita Telegram

Berita Telegram

@telegramms

Saluran berita Telegram dalam bahasa Melayu.
Subscribers
8.21K
Photos
9
Videos
174
Links
254

Showing posts older than #18 · Back to latest

Older Posts 16 shown
Post #17 11.3K
Tajuk kini tersedia di grup dengan ahli 100+ dan mempunyai reka bentuk 2 kolum yang menarik dan butang baru untuk bernavigasi secara pantas.

Tajuk paras asal dikenali sebagai Umum kini tersedia di semua grup bertajuk, memaparkan semua mesej servis grup dan sejarah mesej.

Ciri November
1 • 2 • 3 • 4 • Lagi
Post #16 10.1K
Mulai Disember, semua orang boleh membeli nombor tanpa nama dari Fragment untuk log masuk atau mendaftar tanpa kad SIM – dikuasai dengan mengguna rantai blok (blockcchain).

Ciri November
1 • 2 • 3 • 4 • Lagi
Post #15 9.09K
Mesej dalam semua bual baru boleh diset untuk musnah sendiri dengan pemasa hapus auto global di Aturan > Privasi dan Sekuriti > Mesej Hapus Auto

Ciri November
1 • 2 • 3 • 4 • Lagi
Post #14 16.4K
Telegram telah melancarkan keupayaan untuk beli dan jual @username (nama samaran) yang pendek dan mudah dikenali untuk akaun peribadi, grup dan saluran awam.

Lelong untuk nama samaran terbaik seperti @Adam, @Hawa, atau @Club adalah langsung di Fragment:
https://fragment.com

Memiliki koleksi nama samaran ini adalah selamat dalam ledger TON yang tidak boleh ditembusi, suatu jaringan rantai blok (blockchain), pantas dan bersekala. Pemilik boleh tambah beberapa nama samaran ke akaun peribadi, grup atau saluran mereka.

Setiap koleksi nama boleh diakses dengan @username di Telegram, atau luar Telegram menggunakan link seperti username.t.me dan t.me/username.

Untuk kali pertama dalam sejarah media sosial, pengguna mempunyai hak milik penuh nama samaran mereka. Pengguna lama Telegram yang mengguna nama samaran pendek yang mereka daftar sebelum ini kini boleh mengambil kesempatan dari perkembangan platform dengan menjual nama samaran mereka secara adil, telus, di lelongan bukan berpusat.

Langgani Berita Telegram: https://t.me/telegramMS
Post #12 14.8K
Terdapat 12 pek baru tersedia di panel emoji, memberi pelanggan ⭐️ Premium beratus lagi cara untuk meluahkan perasaan mereka di mesej dan kapsyen – atau dengan status emoji.

Ciri Oktober
1 • 2 • 3 • 4 • Lagi

Langgani Berita Telegram: t.me/telegramMS
Post #11 11.5K
⭐️ Pengguna Premium kini boleh tukar kedua-dua mesej suara dan mesej video kepada teks – tekan pada butang →A untuk menjana transkrip segera.

Ciri Oktober
1 • 2 • 3 • 4 • Lagi

Langgani Berita Telegram: t.me/telegramMS
Post #10 9.84K
Mana-mana pengguna boleh memperolehi dan bertukar koleksi nama samaran di platform baru (https://fragment.com/), dikendalikan oleh blokcen TON.

Anda boleh tugaskan beberapa koleksi nama samaran ke profil, grup atau saluran anda – setiap satu dengan @username (@nama samaran), link t.me dan lagi.

Ciri Oktober
1 • 2 • 3 • 4 • Lagi

Langgani Berita Telegram: t.me/telegramMS
Post #9 8.02K
Forum Klasik kembali hidup! Grup besar kini boleh dayakan tajuk – bual berasingan dalam grup untuk berbincang apa jua perkara.

Setiap tajuk mempunyai media kongsi dan aturan notifikasi tersendiri – dengan semua ciri kegemaran anda seperti sematan, undian, bot dan lagi.

Ciri Oktober
1 • 2 • 3 • 4 • Lagi

Langgani Berita Telegram: t.me/telegramMS
Post #8 10.2K
Bot Telegram Dokumentasi telah diperbaharui – informasi terkini ditambah, sekali dengan gambar skrin dan video.

Pengguna baru mempunyai cara mudah untuk mempelajari mengenai semua ciri berkuasa, dan boleh membina bot dari tutorial langkah demi langkah dengan contoh untuk bahasa pengaturcaraan popular.

Juruprogram yang berpengalaman boleh mencuba kemaskini terbaru dan ciri lanjutan, sesuai untuk tahun 2022 ke atas.

Langgani Berita Telegram: t.me/telegramMS
Post #7 9.22K
Post #6 7.83K
Pengguna Android kini boleh pesan semula item di Pengurus Muat Turun, menukar keutamaan muat turun.

Ini telahpun tersedia di iOS – tekan lama mana-mana item dan pilih ‘Muat Turun Diutamakan’.

Ciri September
1 • 2 • 3 • 4 • Lagi
Post #4 5.98K
⭐️ Pengguna Premium bioleh tambah status emoji di sebelah nama mereka, memberitahu orang lain bahawa mereka di tempat kerja, dalam kelas dan lagi.

Mana-mana emoji atau emoji tersuai boleh diguna, memberi opsyen tanpa batas untuk status statik dan status beranimasi.

Ciri September
1 • 2 • 3 • 4 • Lagi
Post #3 5.27K
Semua pengguna mempunyai menu baru yang boleh dikembangkan – dan berdozen reaksi baru dalam grup dan bual 1-dengan-1.

Pengguna Premium boleh tambah sehingga 3 reaksi pada setiap mesej – termasuk mana-mana dari berpuluh ribu emoji tersuai.

Ciri September
1 • 2 • 3 • 4 • Lagi
Post #1
Channel created
Threads Profile ViewerView any public Threads profile without an account.Open ThreadLook →Writing with AI? Make it sound human.Metric37 rewrites AI drafts so they read naturally. Free AI detector, 1,500 words free.Try Metric37 →